Baru-baru ini, aku telah tertarik mengikuti salah satu daripada cara untuk menambah pendapatan. Berniaga. Hehehe…
tapi, bukan lah berniaga besar-besaran…kecil-kecilan jer… YESS!!…i’m not ashamed to say that i’m doing MLM @ multi level marketing business, atau org kampung panggil, direct selling…
Citer pasal MLM ni kan…my family mmg dh wat MLM ni dh hampir 15 tahun (tak yah la mention ape ekk..
)…dan, salah sorg downline dia…aku la..hehe…downline ‘tido’… and dgn MLM juga, ayah dpt la bonus bulanan sampai skrg (even tak byk)…so, boleh dikatakan menjadi duit pencen ayah…
Bila dh keje pon…ramai pujuk joint MLM tu…MLM ni…tp..aku tak penah pulak rasa tertarik nk joint…tp, ade la satu tu…aku hampir nk pegi la dgr talk yg dianjurkan…cuma, tu la kan…klu Allah tu tak bukakan ‘pintunya’…maka, ade aje lah halangan…dan…sebenarnya, ade sbb jugak aku tak pegi…sbb ayah tak penah menggalakkan, even ayah sendiri buat…hihik….(aku ni…ape jer MLM kawan aku offer..aku citer ayah..mintak pendapat… jahat ker? manja ekk..? whatever lah.. )
So, nk dijadikan cerita…jeng, jeng, jeng….
baru-baru ni…ade la kawan mengajak, dgr2 talk MLM ni…. and aku, dengan izin suami, dan dengan ringan hati…pegi la…bertemankan seorg kawan, kawan baik…
Surprise!!!… Allah membukakan pintu hati aku…menerima ape yg di perkatakan dengan penuh +ve sekali… dan, yang paling tidak boleh aku lupakan… aku seperti berjaya membuka ‘tempurung’ yang selama ini menutup aku… TAPI?? aku tak terus setuju??!!! Aku balik…berbincang dengan suami…dan aku nk suami aku dengar sendiri dan menilai… Alhamdulillah…my hubby bagi ‘green light’…so, ’sah’ lah aku salah seorg distributor MLM ‘tersebut’… (nanti kita citer kemudian, dalam category business ekk..)
Berbalik kepada tajuk di atas… dh 2 malam…(baru 2 malam)… aku dan hubby berulang alik… dengan penuh tekun… mengikuti kelas MLM yg dianjurkan… bkn sahaja kelas marketing plan nye… tetapi.. part yang aku paling suka, bila kelas product… selama ni, aku baca kat internet jer..tp, kali ni puas skit…sbb dgr org ckp… mungkin, ade kawan2 yang membaca akan berkata… “yer la..1st time dgr…suka la…org ni…dh berpuluh2 kali dgr…sampai nk ‘tuttttt’..”
… ok…kita baca balik cerita di atas yer… aku telah dibesarkan hampir 15 tahun dengan MLM… 15 TAHUN YER… so, ayah adalah seorg pencerita yang amat baik… maklum la…kami ni keluarga tak ramai…adik, kakak (aku), abang… and aku adalah tempat ayah selalu bercerita…dari cerita business…sampai la ‘bukak kitab’…paham tak ‘bukak kitab’??… ayah dah penah mengikuti mcm2 kelas MLM ni…and you will be surprised klu dgr kelas marketing plan daripada ayah aku…yg aku sendiri tak khatam lagi…hahahahahha….. so, to be short, aku tak pelik langsung pasal kelas MLM ni…hehe….lepas joint business ni…biasa la…klu dh ‘anak ayah’… aku cerita semua kat ayah ape yang aku lalui… and at the beginning… aku dgr mcm2…sampai luluh jantung aku…nk nangis…nk ketawa… mcm2 rasa la… tp… surprise!!! ayah kata… ‘buatlah…tp, sungguh2′… Ya Allah… rasa mcm nk peluk ayah waktu tu… mmg aku tak percaya langsung ayah akan kata mcm tu sbb, pada aku, besar jugak modal yg aku laburkan… (bg aku yg tak punya byk wang ni la…) aku bersyukur sgt…
Disebabkan aku ni BUTA marketing…and aku mmg tak penah blaja marketing pon… aku ni sebok carik downline… sampai nangis2…tension… and sampai la aku kene marah dengan laki aku sendiri… sbb aku dh mula lari dari tujuan asal aku… menambah pendapatan… mmg btul… kene ade downline tp, klu downline tido…wat per??…
tp, ade la downline…suami dan kawan… (downline paksa)…hahhahaha…sorry…bg semangat la sikit…hihik…
So, mulut pon skrg…mcm org wat direct selling la… ckp pasal product tu, product ni… tp.. ade pulak yg tak suka…sedangkan sblm ni… kalau kawan2 wat direct selling, bukak catalog kat opis tu…aku la org paling rajin promote… menjual…tp, sampai kat aku… org boleh kata aku mcm tu??…”jumpa kawan lama sbb nk jual product…”…so sad…
down sekejap aku… mmg aku bawak katalog tu kemana2 aku pegi… tp, aku lom sampai tahap ‘bukak table’ lg… cakap pon hanya kepada kawan2 rapat… dan yang paling sedih… kata-kata itu keluar dari seorang yg selama ni kata “we are bestfren”… klu pon benci MLM, tak mau buat… tak per… mmg…aku tau..aku akan facing org2 mcm ni…mungkin lebih lg…tp…aku tak sangka…langkah permulaan aku di sambut begini oleh kawan rapat sendiri… itu yang aku tak boleh nk terima tu…
Tp… (cuba menaikkan semangat aku balik)… aku tak peduli… cakap la nk cakap ape pon… asal bahagia…
sokongan suami, ayah dan kawan2 lain juga cukup untuk buat aku kuat semangat… aku berdoa kepada Tuhan… jgn putuskan semangat aku… Amin. Klu selama ni…aku boleh tolong ayah berniaga… kawan2 meniaga, kenapa skrg aku tak boleh meniaga untuk diri aku pulak…??…
Motivasi untuk diriku hari ini: kawan ketawa, ramai… kawan menangis, ade ker??… oleh itu, kalau nk menangis, cuba renung balik… berbaloi ker menangis untuk org yang ketawakan tu??.. cehh…yer…yer…aaa….jer!!!!