Salam semua… Maaf la… lama aku ‘bercuti’ dari menulis ekk… bkn sengaja…tp, lately kesihatan tidak berapa mengizinkan… baru baik dari ‘demam’… sejak pulang dari ‘perantauan’…
Dalam tak sihat pon…keje sekolah nk kene siapkan juga, sbb… sepatutnya, every Wednesday ade meeting ngan Lecturer pasal Research Subj, report progress… huhh….cam tau2 plak aku tak siap per2 pon lagi…. last minute Lecturer call ckp pospone to next Monday…. fuhhh….syukurrrr bangettt….
Nk dijadikan cerita ari ni… pagi td aku dikejutkan dengan peristiwa yang paling aku takutkan semenjak berpindah masuk ke rumah baru ni… Rumah jiranku di masuki ‘perampok’ aka pencuri… Ketar jap seluruh badan aku… Masuk bln Ogos ni… makna nye… 7 bulan dh aku duduk di rumah ni… mmg la ade cerita pasal pecah rumah yg sampai ke telinga ku tp, aku tak mahu memikirkan sgt kerana… nanti lagi aku susah hati… lebih2 bila memikirkan suami yg bekerja tak tentu masa… kene la jd berani….
Berbalik cerita td… pukul 5 pagi… aku dikejutkan oleh jiran sebelah… dalam keadaan terpisat2…aku jengah ke balcony dan lihat… jiranku.. dh menangis teresak2 mengatakan rumahnya di masuki pencuri… barang yg di ambil…hp, duit dan barang kemas… aku terkejut sampai tak ingat nk call saper dulu… then, aku call suamiku…. tak dapat… then, baru la aku turun dan keluar dari rumah menuju ke rumah jiranku… kami semua perempuan dan kebetulan, suami jiranku pula out-station… dia pon pinjam hp ku untuk beritahu suami nya dan barula aku boleh pikir untuk call AJK Keselamatan tamanku itu untuk maklumkan kejadian itu… tak sampai 15 minit, semua sampai… dan suamiku pulang… (bayangkan…pada masa kejadian… aku di rumah SEORANG kerana suami bekerja shift mlm…) 10 minit kemudian, polis pon sampai… jiranku cerita, kejadian berlaku cepat sgt… pintu grill belakang di kopak… pencuri terus naik ke tingkat atas rumah dan pecahkan pintu bilik dengan tong gas… semua ada 4 org, bersenjata parang dan besi pengumpil… Ya Allah…kecut perut aku mendengar nya… tp, syukur ke hadrat Allah… semua selamat…
So…mlm ni… aku tak keseorangan lg… ayah dan ibu, datang untuk temankan aku bila suami bekerja mlm…slalu adik ade…tp, adik kene stay back pulak sbb kerja…. itulah hikmah aku membeli rumah dekat dengan ibu dan ayah… bila berlaku hal2 begini… ade juga alternatif yg boleh diambil… syukur Ya Allah… kepada kawan2 yg membaca entry ni… doakan keselamatan aku selalu yer…
Berjumpa lg…
CT said,
July 29, 2008 @ 5:06 pm
lorrrrr ye ke? huhuhu scaryyyyyy
Awah Rahim said,
July 29, 2008 @ 5:37 pm
CT:
doakan aku slalu makcik..nk pasang ADT..aku lom cukup ongkos..semoga Allah murahkan lagi rezeki aku..Amin..
…lagi kejadian « ::sEe awAh aT hOme:: said,
October 23, 2008 @ 12:06 pm
[...] tu juga mengikat Auntie Nab dan keluarga… hmm…modus operandi nya agak sama dengan case jiran sebelah rumah cik Awah dulu… selepas kejadian pecah rumah jiran cik Awah dulu… setiap malam polis meronda di [...]