Archive for August, 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Awah tidak ’stress’ lagi…

Salam kembali… :) maaf la, lama sudah aku tidak menulis… sibuk dengan keje sekolah…tp, “Saya sudah ‘tidak stress’ lagi”… Alhamdulillah.. keadaan sudah balik seperti biasa… ;)

Ramadhan datang lagi!!!

Ohh…diam tak diam, hanya beberapa hari sahaja lagi kita boleh ‘makan siang’… Cepat betul masa berlalu.. Ramadhan akan datang lagi.. itulah doa setiap muslimin dan muslimat agar kita dapat merasai dan menghayati Ramadhan, setahun demi setahun, selagi hayat masih ada… insya Allah.. :)

Tahun ini, puasa pertama di rumah sendiri… dan dalam keadaan ‘tidak bekerja’ ni.. bolehkah aku menjadi ‘isteri’ yg solehah kepada suamiku dan ‘muslimah’ kepada Ya Rabbi? Hmm.. byk perkara yang aku rancangkan Ramadhan ini… memasak untuk suami, membuat kuih (ni yang berat ni), khatam Al-Quran, dan bersolat tarawikh bersama-sama suami… Aku sangat berharap agar solat tarawikh ku pada tahun ini ‘lebih baik’ dari tahun sebelumnya… insya Allah..

Kepada semua teman-teman, muslimin, muslimat, yang kenal Awah juga teman-teman yg menyinggah di blog ini, Awah nk ucapkan…

“Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa.. :D

Comments (1) »

I’m stressed!!!

Salam sumer…lately, aku agak stress dgn keje sekolah… dh agak lama tak merasa seperti ni… mcm hilang plak kuasa gelang magnet di tgn aku ni… :( aku mengalami sakit bahu yg amat sgt… rasa nk menangis menahan sakit… at last, aku decide tuk berhenti sekejap dr memikirkan psl keje sekolah dan wat sedikit terapi…!!! ;)

Ape terapi aku??

  1. Shopping!!! – aku ni…suka sgt shopping… sampai..dok depan komputer pon..leh shopping..tp, ‘windows’ shopping la klu kat depan komputer ni… cuci mata… sambil menambah ‘ilmu pengetahuan sampingan’ aku dlm bab2 shopping ni… ilang la stress jap… hahahah… :D
  2. Layan movie kat ‘youtube’ @ tv3.com – bab ni pon best gak.. since tv3 dh offer online tv ni… slalu la aku layan drama melayu yg jarang sekali aku tgk kat tv… mcm sindarela.. aku tak penah tgk siri ni di tv.. tp, since kenal tv3.com… dpt layan siri ni dr mula sampai habis and its awesome!!! Di youtube plak… aku slalu layan MTV atau drama siri indonesia.. and yg terbaru, filem Ayat-ayat Cinta yg aku tak sempat tonton di cinema… kagum aku ngan citer ni…
  3. Memasak – aku bkn ‘jaguh’ dalam memasak… tp, klu org tgk suamiku, pasti org kata si isteri pandai memasak sbb, suaminya ’sgt sihat’… hahaha… tetapi, percaya atau tidak.. memasak boleh menghilangkn stress!!!… :)
  4. Fresh air – and lastly, klu dpt… lg seronok dpt menghirup udara yg segar… dan lain dr pandangan biasa… sbb tu, pilihan kami suami isteri adalah Cameron Highland, sejuk, nyaman dan jauh dr kesibukan hati dan duniawi… nk berjalan ke luar negara sambil bermain salji.. masih belum mampu… walaupun ada impian dalam hati ni… tp, impian tu penting kan??? and dgn impian itu juga kami ada ape yg kami ada hari ini… ;)

So??… adakah anda juga perlukan terapi??… jom layan ni… ;)

Leave a comment »

Adik on Berita Harian, Today!!!

Ada sesiapa yg perasan akan gambar ini??? Yerr… tu la ‘adik besar’ kakak…(sure la yg berjubah coklat, dan besar)… :D walaupun tidak mendapat sebarang anugerah pada sidang konvo UKM yg lalu… dia tetap dikejar oleh wartawan disbbkan oleh ‘keistimewaan’ nya itu… kakak tidak malu adik berbadan besar… tapi, kalau adik kurus sikit.. laaaggggggiiii….comeyyyy…. tahniah untuk adikku..!!! kerana realisasikan impian kakak untuk melihat adikku bergelar seorg PEGUAM… syukur Ya Allah… :)

Pasangan guru terima ijazah sarjana

BUKTI KEJAYAAN: Muhammad Firdaus (kiri) bersama penerima Anugerah Diraja, Kee Meng Fai

“Sementara itu, pelajar jurusan Undang-Undang, Muhammad Firdaus Abdul Rahim, 25, berkata beliau mahu menukar persepsi yang mengatakan orang bersaiz besar tidak aktif dan malas.

Muhammad Firdaus yang pernah memegang jawatan Presiden Mahasiswa Negeri Sembilan sesi 2007-2008, pembahas dan pemidato UKM, berkata beliau menjadikan saiz badannya seberat 160 kilogram sebagai aset untuk mendominasi dan dikenali rakan belajarnya.

“Saya tidak mempunyai masalah mendapatkan pekerjaan apabila ditawarkan sebagai Peguam Persekutuan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara hanya selepas dua minggu keputusan peperiksaan dikeluarkan,” katanya.”

(Sumber: Berita Harian – Pendidikan 14th August 2008)

Note: Hari ini…Hari Lahir ayah yg ke-59… “awah wish ayah HAPPY 59th BIRTHDAY!!!… semoga ayah diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dari ALLAH SWT… dan dapat melihat anak-anak ayah terus berjaya… Insya Allah… Aminn..”

Comments (3) »

Senyum seindah suria…yang membawa cahya… :)

Salam everybody!!!… cam ramai jer…hihik… :D ari ni… I got surprise from makcik… my dear friend… makcik bg AWARD!!!… Yeyyyyy!!!!!! Rase termalu-malu jap… layak ker dpt ni makcik???…. anyway… tq so much sbb ko la antara pembaca setia blog ‘poyo’ ni… hihik… (kepada yg ‘ada’ baca… sorry ekk…. bkn taknak bg credit… leave your comments pls…hihik.. :) )

Ini sedikit info psl AWARD … (jgn jelesss…):

Brilliant Weblog is a prize given to sites and blogs that are smart and brilliant both in their content and their design. The purpose of the prize is to promote as many blogs as possible in the blogsphere. Here are the rules to follow:

1) Put the logo on your blog.
2) Add a link to the person who awarded you.
3) Nominate other blog (optional).
4) Add links to those blogs on yours.
5) Leave a message for your nominees on their blogs.

(Copy from makcik)

Then, aku nk jugak nominate this AWARD to:

  1. makcik@CT laa.. = so dear, you got ‘double’!!!… hihik…
  2. adik ‘besar’ ku = yg aku really bangga ngan his effort in this blog’sphere’..
  3. makkintan@intan = kawan mase aku darjah 1… yg aku jumpa smula selepas 10 tahun…

ok… ade byk nk citer…tp.. masa tak sesuai laa… nanti aku post entry lain ekkk…. layannnnnn….. ;)

Leave a comment »

Am I looks old when I’m fat??? :(

Aku rasa… semua org ‘takut’ bila dikatakan, ‘heyy… u look older than your age lah…’ sure tarik muka 14 org yg dikatakan tu… (especially, women.. ;) ).. hihik… aku ni… slalu perasan ‘muda’… sumer org… aku panggil ‘kakak’… mungkin sbb, dalam family… aku ni ‘kakak’… so, seronok nk panggil org kakak… sbb aku tak de kakak… hehe… tp skrg… jadi lain plak… aku suka org panggil aku kakak… and aku plak suka panggil org adik… aku dh mula rasa tua kot… :)

Tahun depan, umur aku 30 tahun… (so, cuba bgtau umur aku skrg baper??)… lawak la plaks… :D .. and same with my hubby… kawan2 yg sebaya dengan aku… dh ade anak 2 dh… aku… still berdua dengan suami tercinta… tp di sini, aku bukan nk bercerita pasal aku blom punya anak ok!!!… aku mula terasa… ape rase bila semakin tua… ape rase bila nampak tua… ade beza ker??…

Dulu..sblm kahwin… berat badan aku hanya 38kg jer… wahhhahahahah…sure ramai tak caya… tp, masa tu… pakai baju kebaya pon tak nampak cantik, sbb kecil dan kurus sgt…. bila dh kahwin… berat badan dh jd 50-52kg… tp.. bg yg tak biasa nampak (jarang nampak)… sumer kata aku maintain jer… so tipu… i cannot wear my old ‘kebaya’, it doesn’t fit me… i know that i’m fat or to be precise, pudgy… and… it looks me old, not ‘comel’ anymore… uwaaaaaaaa… i’m sad… :(

Tapi, aku tak mau kurus lg… aku suka mcm skrg ni… cuma… tang pinggang ke bawah ni, nk bg kecik skit… (dh mcm Fara Fauzana la plak)… susah nk carik baju and sluar… sumer ‘tersangkut’… walaupun hubby kata… “u look ok, sayang…’ huhh, tu sumer ayat ‘jaga ati’… aku tau tuhh… i’m trying to lose weight until get 43-45kg…

So, kepada kawan2 yg ade petua… nk mengecilkan perut, ‘ponggong’ and peha ni… share with me, ok… ni nk kene jd mission ni… by year from now, aku kurus skit… hihik… :D

Comments (5) »

Majlis kenduri kesyukuran

Alhamdulillah… selesai sudah majlis kenduri kesyukuran pada ahad lalu… agak lewat aku nk meng’update’ blog ini kerana sibuk berkemas di dapur… biasa la… selepas kenduri… ini la yg perlu di’hadap’… hehe.. :D

Terlebih dahulu.. aku nk ucap terima kasih byk2…. kepada ayah2 ku, ibu2 ku, abangku, kakakku, adikku, jemaah surau Nilai Impian, jiran2, kawan2, pakcik2, makcik2, sbb bertungkus lumus bersama-sama dan kepada yang lain2, sbb sudi hadir ke majlis ‘kami’ ni… syukur… segalanya berjalan dengan lancar…

Bercerita pasal kenduri ini, persiapan telah bermula sejak hari Jumaat lagi… pada hari Jumaat, 2 khemah di pasang kat bahagian depan dan belakang rumah… bukan ape… rumahku kecik… makan di bawah khemah lebih selesa… khemah di belakang pula… untuk lauk-pauk dan bersantai2 untuk keluarga… selepas selesai memasang khemah… aku pulak yg sibuk… sibuk nk wat goodies tuk budak2… nk tunggu kenduri cukur jambul anak sendiri… lambat lg agaknye… so, aku wat la skit… dalam 40 bags tuk budak2 yg datang… bg diorg seronok… Sabtu… yg bekerja keras adalah hubby… sbb, for sure aku ade kelas… so, dia la yg menyelesaikan apa2 yg masih belum selesai… (hubby cuti)… susun sofa, kemas dapur, semua la… tp, dengan bantuan seorg pembantu a.k.a bibik yg hubby bawa dari tempat kerja dia… :) ok… bila Ahad… punya la lama hari tak hujan, pukul 8 pagi…hari hujan selebat2nya…cuak aku kejap…tp, berkata2 dalam hati, mungkin tuhan nk bg teduh kot hari ni…dalam hujan lebat… ayah dan ibuku sampai membawa lauk-pauk untuk majlis ni… ehh…ehh… lupa nk habaq ekk… aku tak pakai catering pon… pakat ngan ibu dan ibu mertuaku untuk masak lauk-pauk kenduri ni (dan semestinya bukan aku yg masak…hahaha…)

Juadah pada hari itu…hmmm…. so..yummy!!!…

  1. Nasi Putih
  2. Gulai Nanas dengan Ikan Masin
  3. Tempoyak Udang
  4. Sambal Ikan sembilang@keli
  5. Rendang Ayam Minang
  6. Kerabu Mangga
  7. Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
  8. Ikan Masin goreng

Pencuci mulut:

  1. Buah2an; rambutan dan manggis
  2. Tapai
  3. Buah tembikai (jiran sebelah bg)
  4. Puding dan agar2 (makcik2 ku bawak)

Selera kan??… tapi…aku tak sempat nk amik pon gambar lauk pauk tu… sedih… tak dpt nk bg u all jeles… :( lepas dh menyusun table buffet… aku bergegas naik ke rumah… bersiap… masa tu..dh pukul 12.. lepas tu..nk buat air lagi… pukul 1… kawan2 hubby dh datang… mereka datang awal sbb terikat dgn waktu kerja… so, kira majlis pon bermula la… Jemaah surau hadir pukul 2… tapi… menjelang ke pukul 2… tetamu mula ramai… jiran2, saudara-mara dan kawan2… wahhh…aku kalut… so, yg datang awal… makan dahulu la… (cam tak best rasa masa tu sbb jemaah surau belum lagi sampai…tapi, yer la… masing2 ade hal… dh datang pon… syukur…terima kasih.. :) ) tepat jam 2… jemaah surau sampai… yg dimaklumkan kepada kami…mungkin dalam 5-10 org sahaja…sbb, kenduri pada waktu siang..jemaah mungkin kurang… tetapi sangkaan meleset… lebih daripada 20 org yang hadir ‘mendoakan’ kami… sampai rasa nk menangis kerana ada diantaranya hanya dapat duduk di tepi tangga rumah kerana living hall penuh… selesai doa dan tahlil, tetamu surau yg lelaki pon makan… diikuti dgn tetamu wanita… sbb ramai, tetamu lelaki di bawah khemah, dan tetamu wanita di dalam rumah… masa ni, mmg tak menang tangan… menjelang pukul 4 ptg… baru la tetamu agak lengang… dan yg hadir pada masa itu kawan2 ofisku secara bergilir2… gambar kenduri, dh aku upload di fotopages… bleh la tgk2… tp, tak banyak pon… aku tak sempat nk bergambar pon… gambar sendiri pon tak der…huhu…

Hmmm..mcm tu la cerita kenduri kami… sekali lg… aku ucapkan terima kasih byk2….kepada semua tetamu yg hadir… especially Pn Norhalina (my-ex boss)… yg turun juga ke Nilai walaupun ada meeting pada hari tu… and 4 dara pingitan (teman2 rapatku) yg sama2 menolong menyusun pinggan mangkuk dan periuk dari petang sampai ke malam…. so sweet.. hehe… :D

Comments (3) »