Alhamdulillah… selesai sudah majlis kenduri kesyukuran pada ahad lalu… agak lewat aku nk meng’update’ blog ini kerana sibuk berkemas di dapur… biasa la… selepas kenduri… ini la yg perlu di’hadap’… hehe..
Terlebih dahulu.. aku nk ucap terima kasih byk2…. kepada ayah2 ku, ibu2 ku, abangku, kakakku, adikku, jemaah surau Nilai Impian, jiran2, kawan2, pakcik2, makcik2, sbb bertungkus lumus bersama-sama dan kepada yang lain2, sbb sudi hadir ke majlis ‘kami’ ni… syukur… segalanya berjalan dengan lancar…
Bercerita pasal kenduri ini, persiapan telah bermula sejak hari Jumaat lagi… pada hari Jumaat, 2 khemah di pasang kat bahagian depan dan belakang rumah… bukan ape… rumahku kecik… makan di bawah khemah lebih selesa… khemah di belakang pula… untuk lauk-pauk dan bersantai2 untuk keluarga… selepas selesai memasang khemah… aku pulak yg sibuk… sibuk nk wat goodies tuk budak2… nk tunggu kenduri cukur jambul anak sendiri… lambat lg agaknye… so, aku wat la skit… dalam 40 bags tuk budak2 yg datang… bg diorg seronok… Sabtu… yg bekerja keras adalah hubby… sbb, for sure aku ade kelas… so, dia la yg menyelesaikan apa2 yg masih belum selesai… (hubby cuti)… susun sofa, kemas dapur, semua la… tp, dengan bantuan seorg pembantu a.k.a bibik yg hubby bawa dari tempat kerja dia…
ok… bila Ahad… punya la lama hari tak hujan, pukul 8 pagi…hari hujan selebat2nya…cuak aku kejap…tp, berkata2 dalam hati, mungkin tuhan nk bg teduh kot hari ni…dalam hujan lebat… ayah dan ibuku sampai membawa lauk-pauk untuk majlis ni… ehh…ehh… lupa nk habaq ekk… aku tak pakai catering pon… pakat ngan ibu dan ibu mertuaku untuk masak lauk-pauk kenduri ni (dan semestinya bukan aku yg masak…hahaha…)
Juadah pada hari itu…hmmm…. so..yummy!!!…
- Nasi Putih
- Gulai Nanas dengan Ikan Masin
- Tempoyak Udang
- Sambal Ikan sembilang@keli
- Rendang Ayam Minang
- Kerabu Mangga
- Ulam-ulaman dan Sambal Belacan
- Ikan Masin goreng
Pencuci mulut:
- Buah2an; rambutan dan manggis
- Tapai
- Buah tembikai (jiran sebelah bg)
- Puding dan agar2 (makcik2 ku bawak)
Selera kan??… tapi…aku tak sempat nk amik pon gambar lauk pauk tu… sedih… tak dpt nk bg u all jeles…
lepas dh menyusun table buffet… aku bergegas naik ke rumah… bersiap… masa tu..dh pukul 12.. lepas tu..nk buat air lagi… pukul 1… kawan2 hubby dh datang… mereka datang awal sbb terikat dgn waktu kerja… so, kira majlis pon bermula la… Jemaah surau hadir pukul 2… tapi… menjelang ke pukul 2… tetamu mula ramai… jiran2, saudara-mara dan kawan2… wahhh…aku kalut… so, yg datang awal… makan dahulu la… (cam tak best rasa masa tu sbb jemaah surau belum lagi sampai…tapi, yer la… masing2 ade hal… dh datang pon… syukur…terima kasih..
) tepat jam 2… jemaah surau sampai… yg dimaklumkan kepada kami…mungkin dalam 5-10 org sahaja…sbb, kenduri pada waktu siang..jemaah mungkin kurang… tetapi sangkaan meleset… lebih daripada 20 org yang hadir ‘mendoakan’ kami… sampai rasa nk menangis kerana ada diantaranya hanya dapat duduk di tepi tangga rumah kerana living hall penuh… selesai doa dan tahlil, tetamu surau yg lelaki pon makan… diikuti dgn tetamu wanita… sbb ramai, tetamu lelaki di bawah khemah, dan tetamu wanita di dalam rumah… masa ni, mmg tak menang tangan… menjelang pukul 4 ptg… baru la tetamu agak lengang… dan yg hadir pada masa itu kawan2 ofisku secara bergilir2… gambar kenduri, dh aku upload di fotopages… bleh la tgk2… tp, tak banyak pon… aku tak sempat nk bergambar pon… gambar sendiri pon tak der…huhu…
Hmmm..mcm tu la cerita kenduri kami… sekali lg… aku ucapkan terima kasih byk2….kepada semua tetamu yg hadir… especially Pn Norhalina (my-ex boss)… yg turun juga ke Nilai walaupun ada meeting pada hari tu… and 4 dara pingitan (teman2 rapatku) yg sama2 menolong menyusun pinggan mangkuk dan periuk dari petang sampai ke malam…. so sweet.. hehe…


