Monthly Archives: August 2008

Marhaban Ya Ramadhan

Standard

Awah tidak ‘stress’ lagi…

Salam kembali… 🙂 maaf la, lama sudah aku tidak menulis… sibuk dengan keje sekolah…tp, “Saya sudah ‘tidak stress’ lagi”… Alhamdulillah.. keadaan sudah balik seperti biasa… 😉

Ramadhan datang lagi!!!

Ohh…diam tak diam, hanya beberapa hari sahaja lagi kita boleh ‘makan siang’… Cepat betul masa berlalu.. Ramadhan akan datang lagi.. itulah doa setiap muslimin dan muslimat agar kita dapat merasai dan menghayati Ramadhan, setahun demi setahun, selagi hayat masih ada… insya Allah.. 🙂

Tahun ini, puasa pertama di rumah sendiri… dan dalam keadaan ‘tidak bekerja’ ni.. bolehkah aku menjadi ‘isteri’ yg solehah kepada suamiku dan ‘muslimah’ kepada Ya Rabbi? Hmm.. byk perkara yang aku rancangkan Ramadhan ini… memasak untuk suami, membuat kuih (ni yang berat ni), khatam Al-Quran, dan bersolat tarawikh bersama-sama suami… Aku sangat berharap agar solat tarawikh ku pada tahun ini ‘lebih baik’ dari tahun sebelumnya… insya Allah..

Kepada semua teman-teman, muslimin, muslimat, yang kenal Awah juga teman-teman yg menyinggah di blog ini, Awah nk ucapkan…

“Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa.. 😀 “

I’m stressed!!!

Standard

Salam sumer…lately, aku agak stress dgn keje sekolah… dh agak lama tak merasa seperti ni… mcm hilang plak kuasa gelang magnet di tgn aku ni… 😦 aku mengalami sakit bahu yg amat sgt… rasa nk menangis menahan sakit… at last, aku decide tuk berhenti sekejap dr memikirkan psl keje sekolah dan wat sedikit terapi…!!! 😉

Ape terapi aku??

  1. Shopping!!! – aku ni…suka sgt shopping… sampai..dok depan komputer pon..leh shopping..tp, ‘windows’ shopping la klu kat depan komputer ni… cuci mata… sambil menambah ‘ilmu pengetahuan sampingan’ aku dlm bab2 shopping ni… ilang la stress jap… hahahah… 😀
  2. Layan movie kat ‘youtube’ @ tv3.com – bab ni pon best gak.. since tv3 dh offer online tv ni… slalu la aku layan drama melayu yg jarang sekali aku tgk kat tv… mcm sindarela.. aku tak penah tgk siri ni di tv.. tp, since kenal tv3.com… dpt layan siri ni dr mula sampai habis and its awesome!!! Di youtube plak… aku slalu layan MTV atau drama siri indonesia.. and yg terbaru, filem Ayat-ayat Cinta yg aku tak sempat tonton di cinema… kagum aku ngan citer ni…
  3. Memasak – aku bkn ‘jaguh’ dalam memasak… tp, klu org tgk suamiku, pasti org kata si isteri pandai memasak sbb, suaminya ‘sgt sihat’… hahaha… tetapi, percaya atau tidak.. memasak boleh menghilangkn stress!!!… 🙂
  4. Fresh air – and lastly, klu dpt… lg seronok dpt menghirup udara yg segar… dan lain dr pandangan biasa… sbb tu, pilihan kami suami isteri adalah Cameron Highland, sejuk, nyaman dan jauh dr kesibukan hati dan duniawi… nk berjalan ke luar negara sambil bermain salji.. masih belum mampu… walaupun ada impian dalam hati ni… tp, impian tu penting kan??? and dgn impian itu juga kami ada ape yg kami ada hari ini… 😉

So??… adakah anda juga perlukan terapi??… jom layan ni… 😉

Adik on Berita Harian, Today!!!

Standard

Ada sesiapa yg perasan akan gambar ini??? Yerr… tu la ‘adik besar’ kakak…(sure la yg berjubah coklat, dan besar)… 😀 walaupun tidak mendapat sebarang anugerah pada sidang konvo UKM yg lalu… dia tetap dikejar oleh wartawan disbbkan oleh ‘keistimewaan’ nya itu… kakak tidak malu adik berbadan besar… tapi, kalau adik kurus sikit.. laaaggggggiiii….comeyyyy…. tahniah untuk adikku..!!! kerana realisasikan impian kakak untuk melihat adikku bergelar seorg PEGUAM… syukur Ya Allah… 🙂

Pasangan guru terima ijazah sarjana

BUKTI KEJAYAAN: Muhammad Firdaus (kiri) bersama penerima Anugerah Diraja, Kee Meng Fai

“Sementara itu, pelajar jurusan Undang-Undang, Muhammad Firdaus Abdul Rahim, 25, berkata beliau mahu menukar persepsi yang mengatakan orang bersaiz besar tidak aktif dan malas.

Muhammad Firdaus yang pernah memegang jawatan Presiden Mahasiswa Negeri Sembilan sesi 2007-2008, pembahas dan pemidato UKM, berkata beliau menjadikan saiz badannya seberat 160 kilogram sebagai aset untuk mendominasi dan dikenali rakan belajarnya.

“Saya tidak mempunyai masalah mendapatkan pekerjaan apabila ditawarkan sebagai Peguam Persekutuan Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Peguam Negara hanya selepas dua minggu keputusan peperiksaan dikeluarkan,” katanya.”

(Sumber: Berita Harian – Pendidikan 14th August 2008)

Note: Hari ini…Hari Lahir ayah yg ke-59… “awah wish ayah HAPPY 59th BIRTHDAY!!!… semoga ayah diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dari ALLAH SWT… dan dapat melihat anak-anak ayah terus berjaya… Insya Allah… Aminn..”