Monthly Archives: January 2011

Tolong INGATkan aku – TIA

Standard

Hari ni tiba-tiba cik Awah rase nak bercerita skek mengenai AJL 25 yang cik Awah tonton Ahad lalu.  Walau pun dah seminggu berlalu, saje cik Awah nak citer-citer sambil mengasah skills menulis kembali =)

To be honest, cik Awah tertido semasa keputusan diumumkan dan bila tersedar cik AR kita sedang menyanyi lagu TIA tu, automatic cik Awah tahu la lagu tu menang kan.  Yang sangat mengecewakan, the next day cik Awah baca macam-macam komen mengenai kemenangan lagu tu.  Haiiii… ramai betul juri tidak bertauliah di luar sana yer… Jangan la kerana incek FT tak menang, cik AR pulak yang jadi mangsa… anyway, Congratulations to all winners especially cik AR di atas kejayaan TIA and I agreed, ia sekaligus ‘menaik tabatkan’ pengkarya/pemuzik/penyanyi wanita dalam industri muzik tanah air… hmmm.. cayalah!!!

cik Awah bukan la peminat fanatik cik AR sebenarnya, tetapi entah kenapa sebelum AJL 25 berlangsung, cik Awah suka pulak dengar lagu TIA tu, cantik lirik dia… teringat arwah Loloq yang mungkin tiada penggantinya.. ehh.. mungkin cik AR, siapa tau.. orang sekarang ni, mungkin sudah tidak se’puitis’ orang dulu, suka lirik yang straight to the point, tak perlu nak ‘hayat-hayat’… but… i like… =)

Ok, lagi satu… dah berapa kali dah di explain, AJL bukan pertandingan PENYANYI.. ia pertandingan penulis dan penggubah lagu… sbb tu la kalau kita tengok, bila incek FT kene ‘gam’ tak boleh menyanyi/menyertai AJL, AJL tetap jalan macam biasa… so what.. 😉

Overall, cik Awah SANGAT SETUJU dengan barisan pemenang pada malam itu.  Vocal, memang incek H sangat layak menang, cikgu Siti Hajar musti suka la… dalam ramai-ramai penyanyi malam tu, diction incek H sangat perfect ditambah pula tarikan suara nya yang tidak terkucil langsung…. standing ovation to incek H!!!

Sorry to say, vocal incek FT sangat out pada malam tu walau pun persembahan nya sangat bertenaga, so.. you derserve only for the best performance… betul la kan??… untuk tempat kedua dan ketiga, actually cik Awah tak teka pon sebab tak tau pulak ada no 2 dan 3.. hahaha…

ok laa, tak mo dah cakap banyak.. cuba layan lirik TIA di bawah.. layannnnn… =)

Tolong INGATkan aku – TIA

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali @ Lirikami