Hectic WEEKEND…shopping!!!

Standard

Assalamualaikum….Hi….

Penatnya minggu ni… tu la, tak nak shopping raya awal2…kan dh marathon dibuatnya… but anyway, it was fun and Alhamdulillah… semua berjalan lancar… sebenarnya, cik Awah nak citer… pasal shopping raya ni kan… Shopping untuk Raya memang sakan ekk??? kalau tak Raya… tak Shopping?? tipu sangat kan? hmmm… tapi, honestly… Shopping for Raya is a MUST!! ia adalah untuk membangkitkan semangat untuk menyambut hari kebesaran, hari kemenangan…. setelah sebulan kita berpuasa… tapi, mestilah berjimat-cermat yer…. syukur, untuk shopping Raya kali ni, cik Awah sungguh “kudukut”… mmg agak berkira juga nak membeli belah… cuma rasa tak lengkap jika cik Abang tidak berbaju baru… (dah la org lelaki ni susah nak membeli belah baju2 ni….tak sama dgn kita yang pompuan ni…)

Ok, cik Awah nak share pengalaman Shopping Raya pada hari semalam, bersamaan 20 Ogos 2011.  Actually, memang dh jadi acara wajib untuk cik Awah and hubby berjalan2 di Jalan TAR untuk sambut raya… bukan nak membeli sgt pon tapi seronok observe org yang dok sibuk shopping Raya… ramainyerrrr….. Allah sahaja yang tau… so, semalam…plan untuk shopping sedikit untuk Ibu, Ayah, Tok dan Tok Wan di Kedah… we arrived KL at 615 p.m.  cik Awah ajak hubby ke Mid Valley Megamall, untuk beli baju hubby and shopping barang2 cik Awah (kalau2 ade yg berkenan laa….).  Tujuan utama, untuk mudah berbuka puasa dan Solat… smpai di Car Park, alhamdulillah… mudahnya dapat parking.. depan pintu lagi tu.. sedangkan, semasa nak masuk parking bay dh noted PARKING FULL!  Kami terjah jer.. tak kan la org yang shopping ni tak balik2 kot… then, terus kejar ke Restaurant untuk book buka puasa… OMG… all FULLY BOOKED untuk buka puasa… sedihnya… hubby kata, kita makan jer la apa2 dulu… lepas solat baru cari kedai makan… so, we buy something (roti) untuk berbuka dan terus ke JJ… beli barang2 hubby…. lepas tu Azan Margrib.. makan dalam JJ, siap dapat duduk dengan selesa lagi… subhanallah… 🙂

Usai berbuka ala kadar, cik Awah terus ke surau dalam JJ sahaja untuk solat, keramaian org dalam surau tu tak usah diceritakan la…. mcm Sardin… nasib cik Awah dh prepare telekung siap2… selepas solat, cik Awah turun semula ke Level G untuk berbuka… odw nak ke Restaurant tu, jeling2 juga… kot2 ade berkenan di hati… hehe, finally… dapat sepasang kasut di Nose dengan 50% diskon… hubby yg pilih… suka betul dia kalau isteri comeyy dia ni pakai stiletto.. ok, lepas satu barang…

Sampai di depan Restaurant, beratur lagi untuk tgu turn berbuka.. td cik Awah nak book, kakak tu kata tak payah… geram btul cik Awah… kene tgu lagi…. perut cik Awah dh mula ‘gigil2’ dh ni… sabar….sabar…. ok, dh dapat tempat… nasib baik makanan cepat betul smpai… cam tau2 plak cik Awah ni laporr…. lepas makan, g sambung shopping lagi… actually, cik Awah ni mmg nak carik sgt butik C&K di Mid kalau ade la… tgk kawan2 pakai kasut and handbag brand ni… sgt menarik hati cik Awah… dh kegilaannya handbag and shoes kan so… SMI laa… jalan punya jalan… (sebenarnya nk g The Gardens).. tupp…tup..terberhenti betul2 depan kedai C&K ni… masya Allah… langkah kanan btul la cik Awah ni…. huhu…cantik2 nye.. smpai tak tau nak pilih… + affordable plak tu…. compare to handbag yang cik Awah pakai masa tu, cik Awah boleh beli 3 handbag di C&K…. huhu… ape lagi, dapatlah cik Awah handbag and purse Raya…. (handbag and purse pon nak Raya jugak kan..?? ) sedar tak sedar…. cik Awah kene kurung dalam kedai tu rupanya… hahaha….dh pukul 10p.m la… kedai dh tutup… jahat btul adik2 yg jaga kedai tu tak alert cik Awah… punya sonot tgk kasut… tp, cik Awah tak beli la kasut…. kan dh cakap ‘kudukut’ tapi…so, beli yg patut jer ekkk…. 😉

Yang bestnya, hubby ni ikut jer… memula nak ajak kuar, punya la susah…. tp, bila dh kuar…ok plak… hehe… sajer la tu, nak bg cik Awah cengeng dulu… baru nak bwk g Shopping… habis di Mid, baru kami ke Jalan TAR… jam masa tu 1030p.m.  Hubby dh sound, kita balik jer laa… tp, steering dok hala ke Pusat Bandaray juga ni… cik Awah buat dunno jer…. ehh…tetiba dh ada kat depan SOGO dah… hehe… cayang hubby… 😀

Parking keter di depan Balai Polis Dang Wangi… then, jalan la ke dalam kesesakan dan keramaian org di Bazaar Raya JTAR tu… hmm, bau toksah ckp la… nasib baik ade Minyak Angin Cap Kapak…pengubat hidung…. cik Awah bukan la jalan sgt pon… (jalan tipu2 jer..) potong jalan sana… potong jalan sini… so, kalau tanya cik Awah kedai mana jual barang murah, sorry… cik Awah tak tau….hahhaha…same jer pada pandangan mata cik Awah… ape cik Awah beli?  ok, anak tudung (5 hinggit)… selendang 2 helai yg 10 hinggit satu… kain pelikat… (cap Gajah Duduk tu)… byk2 kedai tu… cik Awah tak boleh nak pilih baju Ibu cik Awah… (1) sebab kekurangan cahaya, (2) sebab semua jd tak cantik pada pandangan mata cik Awah… bila cik Awah cakap ngan hubby dia cakap ape nak tau?

elehhhh…. ni la rupanya kalau dh asyik membeli di butik jer… semua kat sini tak cantik ekkk….

terkesima… :p  bukan la mcm tu, sebenarnya org ramai sgt… susah nak memilih…. pilihan cik Awah.. dalam kedai juga la… senang… jadi, dapat juga la jubah Ibu sepasang.. dek kerana malam, hitam sahaja yg nampak cantik pada pandangan mata cik Awah… harga…hmm… mahal jugak laa…. barang rampasan terakhir, dapat la tudung untuk Tok dan keronsang 3 packet 10 hinggit… see… I ni bukan la beli barang yg branded2 jer kan…. semua pon I hantam jerr…. 🙂

Jam dh pukul 1a.m. rupanya… tetiba terasa penat dan kaki sudah merasa sakit…. nak sampai ke parking keter tu sgt jauh rasanya… huhu…. tp, seronoknya…. tetiba terpk… malam ni malam lailatul qadar ker?  hanyut aku bershopping…. tak boleh jadi ni… so, niat di hati… balik nanti walau penat mane sekalipon… nk kene juga Tahajud dan Solat Tarawikh…. MUSTI!

Alhamdulillah, sampai di rumah jam 2.30a.m.  Mata tak mengantuk langsung.. Badan pula segar jer… so, cik Awah dengan gagah solat… mata tak mengantuk juga ni… jam dh pukul 4a.m.  Kejap lagi dh nak sahur… so, cik Awah tido2 ayam jer la…. dekat2 pukul 5a.m. cik Awah pon sahur… mengaji…solat subuh… haisshhhh….apsal mata tak mengantuk ni… baru dapat tido 45 minit… tak boleh jd ni… golek2…paksa juga la mata ni tido.. ok… finally tido..tp, kul 8.30 dh terjaga… 2 jam jer!  waaaaaa……dh tak mau tido dh….

ape berlaku seterusnya… (to be continued… ;))

Advertisements

an UPDATE dear… :)

Standard

Salam dear…

Salam Ramadhan Mabarak.. first and foremost.. what I love my new template.. TQ WordPress… will catch u ooulllllssss….later yea… got so many things to arrange before it’s done perfecto… loads of word to say… Insya Allah… happy fasting and quran reciting! ❤ ❤ ❤

Tolong INGATkan aku – TIA

Standard

Hari ni tiba-tiba cik Awah rase nak bercerita skek mengenai AJL 25 yang cik Awah tonton Ahad lalu.  Walau pun dah seminggu berlalu, saje cik Awah nak citer-citer sambil mengasah skills menulis kembali =)

To be honest, cik Awah tertido semasa keputusan diumumkan dan bila tersedar cik AR kita sedang menyanyi lagu TIA tu, automatic cik Awah tahu la lagu tu menang kan.  Yang sangat mengecewakan, the next day cik Awah baca macam-macam komen mengenai kemenangan lagu tu.  Haiiii… ramai betul juri tidak bertauliah di luar sana yer… Jangan la kerana incek FT tak menang, cik AR pulak yang jadi mangsa… anyway, Congratulations to all winners especially cik AR di atas kejayaan TIA and I agreed, ia sekaligus ‘menaik tabatkan’ pengkarya/pemuzik/penyanyi wanita dalam industri muzik tanah air… hmmm.. cayalah!!!

cik Awah bukan la peminat fanatik cik AR sebenarnya, tetapi entah kenapa sebelum AJL 25 berlangsung, cik Awah suka pulak dengar lagu TIA tu, cantik lirik dia… teringat arwah Loloq yang mungkin tiada penggantinya.. ehh.. mungkin cik AR, siapa tau.. orang sekarang ni, mungkin sudah tidak se’puitis’ orang dulu, suka lirik yang straight to the point, tak perlu nak ‘hayat-hayat’… but… i like… =)

Ok, lagi satu… dah berapa kali dah di explain, AJL bukan pertandingan PENYANYI.. ia pertandingan penulis dan penggubah lagu… sbb tu la kalau kita tengok, bila incek FT kene ‘gam’ tak boleh menyanyi/menyertai AJL, AJL tetap jalan macam biasa… so what.. 😉

Overall, cik Awah SANGAT SETUJU dengan barisan pemenang pada malam itu.  Vocal, memang incek H sangat layak menang, cikgu Siti Hajar musti suka la… dalam ramai-ramai penyanyi malam tu, diction incek H sangat perfect ditambah pula tarikan suara nya yang tidak terkucil langsung…. standing ovation to incek H!!!

Sorry to say, vocal incek FT sangat out pada malam tu walau pun persembahan nya sangat bertenaga, so.. you derserve only for the best performance… betul la kan??… untuk tempat kedua dan ketiga, actually cik Awah tak teka pon sebab tak tau pulak ada no 2 dan 3.. hahaha…

ok laa, tak mo dah cakap banyak.. cuba layan lirik TIA di bawah.. layannnnn… =)

Tolong INGATkan aku – TIA

Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita

Lirik Lagu Tolong Ingatkan Aku – Ana Raffali @ Lirikami